Seni Lukisan & Audian

                  SENI LUKISAN & AUDIAN

Seni lukisan merupakan salah satu media yang menangkap sesuatu gambar atau peristiwa. Ia menjadi satu medan berfantasi bagi seorang pelukis. Pelbagai perasaan dapat di ungkapkan melalui lukisan. Kegembiraan, kesedihan, kemarahan dan sebagainya dapat disampaikan melalui lukisan. Lukisan dapat berkomunikasi dengan pemerhati atau audian secara senyap (menerusi hati audian terhadap lukisan).

Pelukis adalah pekerja. Lukisan adalah hasil kerja oleh pekerja. Itu adalah gambaran. Namun apa yang penulis ingin sampaikan adalah reality audian kini yang masih menganggap bahawa pelukis itu adalah pelukis dan bukan pekerja. Ia dianggap sebagai kerja mudah dan hobi yang tidak banyak tenaga atau kos.

ehlid luli
"impossible line of hope"
Media campuran
2018


Walaubagaimanapun, seni itu bukanlah mudah seperti yang disangka kerana ia sangat memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritikal sebagai pelukis profesional mahupun amatur. Penjanaan idea sangat penting dalam penghasilan karya agar ia menjadi satu lukisan yang istimewa pada pandangan pelukis dan audian. Pelukis itu bukan hanya pelukis tetapi mereka adalah juga dari kalangan yang memperolehi ijazah, sarjana, dr, dll. Ilmu seni yang diperolehi daripada universiti, kolej dan sekolah mengajar pelbagai kaedah dan bentuk yang dapat membina kreativiti seseorang. 

Penulis boleh mengketegorikan mereka sebagai  penangkap sejarah dan peristiwa. Sebagai contoh pelukis-pelukis terkenal seperti Datuk syed Ahmad, ibrahim Hussin, prof Dr Awang damit, prof dr Baharuddin Arus, Jailani abuhassan, dan banyak lagi. Mereka adalah pelopor seni Malaysia yang banyak menceritakan sejarah dan peristiwa sosial setempat. 

Oleh itu sebagai pemerhati dan peminat seni. Menghargai hasil seni itu penting bagi memastikan seni itu terus berkembang selagi seni itu tidak melanggar batas. Keindahan seni lukisan itu bukan terletak pada cantik atau halusnya lukisannya tetapi lukisan itu cantik dan halus pada apa yang disampaikan oleh pelukis. Kandungan dan aestetik seni itu. Ia bukan seperti mengatakan sedapnya air minuman tanpa menghargai cawan yang lebih indah dripada air yang menakungnya. Kerana tanpa keduanya ia tidak akan berhasil dan kelihatan kurang. 




Comments